Kelas Instagram Story “Teknologi Digital”

12 September 2024 | Aktiviti Terkini

11 September 2024 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Pasoh 3 telah membantu seorang komuniti membuat “Instagram Story – Teknologi Digital” menggunakan aplikasi Canva. Kelas ini dapat memberi pengetahuan kepada komuniti tentang cara – cara untuk membuat isi kandungan di aplikasi Instagram mengikut trend terkini. Oleh itu, komuniti juga dapat mencipta idea yang menarik untuk pembaca. Staf juga memberi tunjuk ajar fungsi dan format Canva yang betul untuk disunting. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali